MBA Power Brunch Business Coaching

Sekiranya anda masih belum berpuas hati dengan prestasi perniagaan anda, sedangkan anda tahu ianya boleh pergi lebih jauh lagi sepertimana yang anda inginkan, maka MBA Power Brunch Business Coaching ini direka khusus untuk anda.

Di dalam program business coaching ini, anda akan mempelajari perancangan strategik yang digunapakai oleh hampir kesemua syarikat-syarikat yang menjadi peneraju didalam industri masing-masing. 

Walau bagaimanapun kajian mendapati bahawa 90% daripada syarikat yang mempunyai perancangan strategik gagal melaksanakan perancangan mereka dengan betul, maka oleh sebab itulah kenapa banyak organisasi gagal mencapai matlamat yang telah mereka tetapkan. 

Selain daripada itu, anda juga akan mempelajari strategi untuk meningkatkan jualan anda dengan sistematik dan telahpun terbukti berkesan. Strategi ini digunapakai oleh usahawan-usahawan didalam program Bisnes 360 yang berlangsung selama 3 bulan dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority, Sarawak American Corner, dan Digital Community Centre. 

Program MBA Power Brunch ini juga akan membincangkan strategi penggunaan Facebook Ads untuk melancarkan aktiviti pemasaran anda secara berkesan. Anda akan mempelajari cara untuk set up FB Ads anda sendiri, cara mempromosi perniagaan anda TERUS kepada bakal pelanggan, dan banyak lagi. 

Program business coaching ini adalah berbentuk santai, dimana selain dariapda mempelajari lima topik utama sesebuah perniagaan, anda juka akan menikmati juadah-juadah yang enak dan lazat bersama-sama dengan rakan usahawan yang lain.

Tajuk yang seterusnya yang akan dibincangkan adalah mengenai Business Model Canvas (BMC) dimana matlamat utama yang akan ditekankan adalah bagaimana anda boleh menggunakan BMC ini untuk mengoptimakan aset-aset yang ada pada anda demi meningkatlak lagi perstasi perniagaan dan serta mendekatkan lagi perniagaan anda kearah matlamat yang anda inginkan.  

Akhir sekali adalah topik mengenai tatacara mengurus kewangan perniagaan yang  betul-betul berkesan demi menjamin kelangsungan operasi perniagaan dan bersedia dalam apa jua keadaan, terutama sekali pada masa keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini yang disebabkan oleh wabak Covid-19.

Selain daripada itu anda juga boleh berkongsi dan membincangkan apa jua cabaran-cabaran ataupun topik perniagaan dan keusahawanan yang anda ingin ketahui lebih lanjut lagi.

Rakan-rakan usahawan anda yang lain boleh membantu, dan sudah tentu Moslem Anoar selaku fasilitator/business coach anda pada program ini nanti akan bersedia membantu anda dengan kelayakan akademik beliau berserta dengan pengalaman sebagai seorang usahawan yang telahpun membantu ramai usahawan di dalam dan juga diluar negara, dari usahawan milikan tunggal sehinggalah kepada pihak pengurusan syarikat gergasi yang mempunyai nilai projek menjecah ribuan juta ringgit. 

Sekiranya anda menerobos dinding penghalang kepada kejayaan perniagaan anda, maka jangan lepaskan peluang untuk menghadiri MBA Power Brunch Business Coaching ini sekarang.

Memandangkan program MBA Power Brunch ini berbentuk Business Coaching, maka tempat yang disediakan adalah terhad. 

First come first served. 

Sila tekan pada pautan dibawah untuk mendapatkan tempat anda pada 12hb Mac 2022 nanti.