Jadikanlah pelaburan saham ini sebagai salah satu punca pendapatan masa kini ataupun sumber pelaburan untuk masa hadapan anda dan keluarga.
Satu lagi kekangan yang menyebabkan ramai tak dapat nak belajar ilmu pelaburan saham ini adalah yuran yang dikenakan untuk menghadiri kusus saham ini sangat tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit. Saya sendiri membayar lebih kurang RM6,000 untuk hadir ke kursus saham beberapa tahun yang lalu.
Walaupun saya berkelulusan degree BBA Finance – Portfolio and Investment Security Analysis dari Amerika Syarikat, saya pergi juga ke kursus saham di Malaysia sebab saya nak tahu bagaimanakah prosedur jual beli saham dilakukan di Malaysia, kerana sepanjang saya mempelajari ilmu pelaburan dan saham ini ianya berdasarkan kepada jual beli saham di New York Stock Exchange (NYSE).